Meniti Kehidupan
Laman di mana kita berfikir sejenak akan segala perkara yang telah kita lakukan atau kita lalui
Saturday, November 12, 2011
9 Perkara Makruh Pada Janggut
Monday, May 9, 2011
Indahnya Bahasa
Wednesday, February 9, 2011
Saturday, January 22, 2011
Osah khurafat ea tuh....
Assalamualaikum…apa khabar semua???Sihat atau masih lam ketakutan.Ye lah sekarang ini kan negare kita sibuk dengan cerita2 horror yang semakin menyeramkan….hehehe(siap hantu boleh bunuh orang laii) ish3 gangster tol hantu time
skang…
Alhamdulillah,pada hari ini 22 January 2011 ana dan mak ana berpeluang ke sebuah panggung wayang untuk menonton cerita melayu yang paling seram sekali diperkatakan mase ni.Ape lai klu bukan cerita “KHURAFAT”…da name pun khurafat, knape ana nak tengok pulak an???
Haaa…cam biase la budak2 cam ana suke nk tngk perkembangan cerita orang2 melayu yan
g semakin menjadi-jadi dengan hantunye.Kat sini ana nk komen sedikit sebanyak mengenai cerita KHURAFAT yang telah ana tonton.Cerita tuu agak menarik yang mengisahkan mengenai seseoarang yang telah berkahwin dan sering di ganggu makhluk halus.Pada masa yang sama juga ex-girlfriend lelaki tersebut masih tergila-gilakannya walaupun lelaki tersebut telah berumah tangga.
Rupa-rupanya gangguan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan lelaki tersebut yang tersilap langkah dengan meminta pertolongan daripada seorang bomoh untuk memikat hati ex-girlfriend nya pada masa lampau.Kini dia telah insaf tapi perjanjian, still perjanjian…iaitu dia tidak boleh meninggalkan ex-girlfriend nya walau ape care sekalipun jika x,hidup dia tak akan selamat.
Begitulah cerite nye…..nau’zubillah.sepertimana firman ALLAH yang tafsirnya jangan sesekali kita meminta pertolongan daripada jin kerana itu akan membuatkan mereka bertambah bongkak.Ana x ingat ayat ni,harap sesiapa yang tahu boleh la beritahu ana.Ana ni kurang ilmunya….
Satu lai sepertimana yang diberitahu oleh sahabat ana,aiman hizami (thnx to him),amalkanlah risalah Al-Ma’thurat yang dapat membantu kita daripada makhluk2 halus daripada menganggu kita.Tapi kita ingat bahawasanya bukan ayat2 dalam Al-Ma’thurat itu yang menolaong kita,tetapi ALLAH S.W.T. yang member pertolongan kepada kita dalam pelbagai bentuk.Sesungguhnya dia maha mendengar lai maha mengetahui dan dialah yang maha kuasa dan maha perkasa.Perbanyakkanlah amalan kita kepada ALLAH dan sentiasa ingat kepadanya.Insyaallah DIA tidak akan melupakan makhluknya yang sentiasa mangingatinya setiap masa.
Ana menyampaikan, antum fikirkan<<<>>>
Saturday, December 18, 2010
Ukhuwah Kami...
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari Hidayah Dari PADA-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Dokumen yang diminta Allah tabahkan-Mu
Diatas perpisahan ini
O.. uwo .. ho ..
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah rasa Bersama Kita
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
Oo .. itu .. o. ..
Thursday, December 9, 2010
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa
setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari
itu". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya: "Ini adalah hari 'Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa
pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
Wallahu A'lam.
Sunday, November 21, 2010
Bercinta...???? BOLEHKE...?????
Ustaz Mohd Zul Roslan*editor : kasihsayang
Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?* Kerana empunya diri itu sendiri?* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?* Sebulan?* Tiga, empat tahun?* Sehingga habis belajar?* Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,* Masa yang anda korbankan untuk sidia* Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
*Ustaz Mohd Zul Roslan merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com. Berkelulusan Ijazah Sains Kemanusiaan & Ilmu Wahyu, beliau aktif dalam kerja-kerja sukarela dan menulis di blog ini dan ini.