Monday, May 9, 2011

Indahnya Bahasa

Assalamualaikum.Sudah lama ana tidak update blog ana nih.Biasalah,orang bekerja pulang malam.Tidak sempat nak menyampaikan rasa yang terpendam.Baiklah pada kali ini ana tertarik ingin menceritakan mengenai KEINDAHAN BAHASA.
Ana bekerja sebagai cashier di Parkson Seremban Parade dan ana sempat melihat telatah-telatah kanak-kanak yang berada di situ bersama-sama ibu bapa mereka.

"Mom,can I have this?"kata seorang budak kecil berbangsa melayu.

"No,you can't.You have a lot of toys in your room"kata ibunya yang juga berbangsa melayu.

Ana yang berdiri berdekatan di situ terpaku mendengar kata-kata budak lelaki tersebut.Kecil-kecil lagi sudah fasih berbahasa Inggeris.Sedangkan diri ana ni pun mengambil masa untuk berbahasa Inggeris.Subhanallah.

Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita mempelajari bahasa kaum lain agar mudah komunikasi kita dengan mereka.Seperti Baginda telah menyuruh sahabat baginda untuk pelajari bahasa Yahudi.Tujuan baginda adalah agar mudah berinteraksi dan memahami kitab mereka agar Umat Islam tidak mudah di tipu dengan pemikiran mereka.Akhirnya sahabat Baginda berjaya menguasai bahasa mereka dalam 3 bulan!!! Subhanallah.

Selain itu sahabat-sahabatku sekalian,dengan kelebihan kita dalam berbahasa asing maka majikan akan berebut-rebut untuk menjadikan kita sebagai pekerjanya.Tidakkah indah namanya itu.Kita pun tidak susah mencari kerja.Hanya dengan kebijaksanaan dan kebolehan kita itu,kita boleh capai ke peringkat yang lebih tinggi.Sama-sama kita usahakan.
Ana menyampaikan,antum fikir-fikirkan :)

2 comments:

  1. owh..ko keje kt parkson ke??haha...btw bguz giler dak uh..

    ReplyDelete