Tuesday, March 16, 2010

Ingat Hari Akhir

Salam.Apa khabar sahabatku sekalian.Bertemu kita sekali lagi dalam blog saya yang tidak seberapa ini.Pada kali ini ingin saya ingin menulis artikel tentang kenapa manusia kini mudah lupa pada tuhan.Agaknya kenapa kita mudah lupa pada tuhan?Wahai sahabatku sekalian, kita pada masa ini telah dikaburkan daripada pandangan akhirat oleh material-material duniawi.Semakin lama semakin kita buta akan arah tuju kita pada masa akan datang.Wahai sahabatku sekalian kita perlu ingat bahawasanya akhirat itu adalah tempat terakhir kita, dimana kita akan dihisab dan ke mana kita pergi.Syurga atau neraka........Manusia kini mudah lupa kepada tuhan mereka kerana suatu sebab yang saya sendiri sedari sejak dulu lagi iaitu mereka kurang berfikir tentang MATI....Maut sentiasa berada di sebelah kita. Kita tidak tahu bila kita akan mati.Sentiasalah berdoa kepada ALLAH agar apabila kita mati nanti dipermudahkannya,semasa dalam kubur dan dipermudahkan hisab di akhirat kelak.Sentiasalah ingat mati.Sesungguhnya orang yang mengingati mati adalah orang yang pandai.......
Cuba kita renung nasib kita jika nyawa telah ditarik,tiada apa yang boleh kita buat lagi.......
"Apabila seseorang itu mati maka terputuslah segala amalnya............................."
Kita tidak dapat ruku',sujud dan berdoa kepada ALLAH lagi.Apabila malaikat atang kepada kita dan bertanya kepada kita:
Siapakah tuhan kamu.....?
Wahai sahabatku,ingatlah pada masa itu tidak ada apa yang boleh kita katakan.Mulut terkunci rapat hanya anggota badan sahaja yang akan menjawab untuk kita.Apa yang kita lakukan selama ini akan terbongkar satu persatu.Ya ALLAH......!!!!!!!!
Jika kita tidak dapat menjawab kita akan dipukul oleh malaikat sehingga ke bawah bumi yang sangat dalam....Ya ALLAH.....!!!!!!
Wahai sahabatku,tiada apalagi yang dapat kita lakukan.Hanyalah tangisa selama-lamanya.Samada tangisan kegembiraan atau kesengsaraan......
Renungkanlah.....Saya menyampaikan, anda fikirkan...<<<>>>

No comments:

Post a Comment