Wednesday, June 16, 2010

I LOVE YOU...(^-^)?



Assalamualaikum....kepada semua pembaca.Apa khabar diucapkan?.Saya yakin anda pernah mengucapkan kata-kata yang indah bagi mecuri hati seseorang yang anda minati terutama sekali bagi kaum lelaki yang kian semakin hebat kata-kata jiwang mereka kerana telah banyak cerita di televisyen malah dalam novel sedang panas menceritakan mengenai Ayat-ayat Cinta Ini...
Salah satu ayat yang pernah anda ungkapkan adalah 1 4 3 ( I LOVE YOU)...(^-^)memang tidak salah untuk meluahkan kata-kata sebegitu kerana pada zaman Rasulullah dahulu ada seorang sahabat menemui Baginda lalu meluahkan isi hatinya mengenai hasrat hatinya terhadap seorang wanita yang amat disukainya.Lalu Baginda bertanya kepadanya,"Sudahkah engkau berkata kepadanya?"."Belum...."jawab lelaki tersebut."Pergi kepadanya dan luahkan perasaanmu"kata Baginda.
Oleh itu, tidak salahlah untuk kita meluahkan perasaan yang terpendam selama ini.Tetapi apa yang perlu diperkatakan perlulah dangan cara serta kata-kata yang betul.I LOVE YOU....mengikut kajian hampir 70% pasangan bercerai di Eropah kerana hanya tiga perkataan tersebut.Kerana apa sheikh?Mereka bercerai kerana mereka bercinta kerana mengikut nafsu.
Kepada mat-mat jiwang yang dihormati,jika anda seorang lelaki yang dikatakan sebagai gentleman maka anda tidak seharusnya mengatakan I LOVE YOU...tetapi katakanlah

"Sudikah dikau menjadi isteriku?"

Itulah ayat yang sangat baik diungkapkan kerana pada masa itulah kedua-dua pasangan akan memikirkan mengenai tanggungjawab masing-masing.Si lelakinya perlu cari nafkah untuk keluarga dan mendidik keluarga dengan didikan agama yang sempurna serta si isterinya pula perlu melahirkan anak,menjaga anak dengan baik,mengemas rumah,membasuh baju dan melayan suami.Jika pasangan anda mengatakan setuju maka dia telah bersedia untuk menjadi isteri/suami yang solehah/soleh fiddunya wal aakhirah.....saya menyampaikan,anda fikirkan....<<<>>>

No comments:

Post a Comment